Latar belakang Baru_Bian

Keluarga

Baru berkahwin dengan seorang surirumah sepenuh masa, Yu Ching Sieu berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan satu perempuan iaitu Joshua Parir, Benjamin Bian dan Emmylyn Takong.

Pendidikan

Baru memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) Long Lellang (Tahun 1 dan 2) pada tahun 1966-67, SRK Long Semadoh (Tahun 3 dan 4) pada tahun 1968-69 dan juga SRK Long Napir (Tahun 5 dan 6) pada tahun 1970-71. Kemudian beliau menyambung pendidikan menengahnya di Sek. Men. Ker. Limbang (1972 - 76) dan lulus Senior Cambridge, kemudian di Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 - 78) dan lulus Higher School Certificate(HSC).

Pada 1979 hingga 1980 beliau bekerja sebagai cikgu sementara di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Selepas itu Bian menyambung pendidikan tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor di dalam jurusan Diploma Undang-Undang (DIL) selama empat tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1985, beliau mendapat ijazah Bachelor of Law (LL.B) di Melbourne University, Australia.

Kerjaya

Pada tempoh masa 1979- 1981, Bian menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kerajaan Medamit, Limbang, Sarawak. Selepas mendapat ijazah undang-undangnya, pada tahun 1986, beliau menjadi pelatih di firma Messrs Rashid & Lee, Kuala Lumpur dan diterima sebagai peguambela dan peguamcara Malaya.

Kemudian pada 1987 hingga 1988, beliau menjadi Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak. Seterusnya pada 1990, beliau menjadi rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, beliau bekerja di bawah syarikatnya sendiri, Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching, Sarawak, hingga ke hari ini.